Ikuti Kami:

Prudential & SuperM Anjur Konsert Serta Sesi Ramah Mesra Peminat Secara Maya Di Seluruh Asia

Prudential & SuperM Anjur Konsert Serta Sesi Ramah Mesra Peminat Secara Maya Di Seluruh Asia

Prudential dan kumpulan super K-pop SuperM telah mewujudkan pengalaman eksklusif yang tidak dapat dilupakan bertajuk “PrudentialxSuperM We DO Virtual Concert & Fan Meet” untuk peminat di seluruh Asia pada Sabtu, 7 Ogos. Acara tersebut dianjurkan secara eksklusif untuk pemenang kempen “We DO” Prudential dan Cabaran Tarian, serta pengguna Pulse oleh Prudential, sebuah aplikasi kesihatan dan kesejahteraan semua-dalam-satu, di seluruh Asia.

Konsert dan sesi ramah mesra bersama peminat secara maya tersebut menyatukan para peminat untuk pengalaman yang menggembirakan pada waktu yang mencabar ini. Aktiviti ini berlangsung sebagai lanjutan daripada kempen Prudential “We DO Well Together” yang bertujuan untuk mendorong orang ramai untuk menjaga diri dan kekal sihat dengan cara yang menyeronokkan.superm prudentialSejak pengumuman kerjasama PrudentialxSuperM pada Januari tahun ini, kolaborasi ini merangkumi pelbagai cara untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia demi mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Ini termasuk #WeDoDanceChallengeMY di mana rakyat Malaysia dijemput untuk memuat naik video rakaman aksi tarian mereka dengan latar belakang lagu “We DO” di laman sosial media untuk peluang memenangi tiket konsert dan sesi ramah mesra secara maya bersama peminat serta barangan eksklusif SuperM.

Peminat K-pop dari 11 pasaran Prudential di Asia menyaksikan konsert dan sesi ramah mesra secara maya dari keselesaan kediaman mereka. SuperM menarik perhatian dan menyatukan peminat di seluruh Asia dengan persembahan lagu kempen mereka “We DO” yang disempurnakan lagi dengan gerak tarian dinamik mereka. Lagu kempen “We DO” yang telah dilancarkan pada April tahun ini mempamerkan usaha Prudential dan SuperM untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, dan juga untuk memberi inspirasi bagi meningkatkan semangat optimis dan tindakan yang positif .

Eric Wong, Ketua Pegawai Pelanggan & Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) berkata,

Kami teruja dengan penganjuran konsert eksklusif dan sesi ramah mesra bersama peminat secara maya yang pertama dengan kumpulan K-pop SuperM yang sangat popular ini, khas untuk kakitangan kami, para ejen, pelanggan serta semua peminat K-pop di seluruh Asia. Melalui platform ini, kami ingin menghubungkan orang ramai melalui muzik dan tarian lalu memberi inspirasi kepada mereka untuk menjaga kesejahteraan masing-masing dengan cara yang menyeronokkan demi kehidupan yang baik, lebih-lebih lagi ketika suasana yang luar biasa ketika ini.

SuperM, yang mendapat gelaran sebagai “Avengers of K-pop”, mengadakan aktiviti bertemu peminat yang sangat istimewa. Peminat bertuah mendapat pengalaman interaktif sekali dalam seumur hidup untuk berkenalan dengan SuperM dengan lebih rapat lagi.superm prudentialAktiviti bertemu peminat diikuti dengan persembahan lagu-lagu kegemaran peminat SuperM, termasuk 100, One (Monster & Infinity), Wish You Was Here dan With You. Skrin LED yang besar di belakang pentas memaparkan peminat yang menonton secara langsung dan berinteraksi dengan idola kegemaran mereka.

Walaupun BAEKHYUN dan TAEMIN tidak dapat hadir secara fizikal kerana disenaraikan dalam perkhidmatan ketenteraan, mereka tetap mahu menyebarkan tenaga positif kepada peminat melalui mesej pra-rakaman yang ditunjukkan semasa sesi bertemu peminat dan turut aktif semasa persembahan pra-rakaman, mencairkan hati peminat mereka.

KAI baru-baru ini diuji negatif untuk COVID-19, tetapi malangnya tidak dapat menghadiri acara itu kerana menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu yang dikenakan mengikut peraturan kesihatan Korea. Beliau menghantar permohonan maaf ikhlas kerana tidak dapat menghadiri acara tersebut pada saat-saat akhir.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...