Ikuti Kami:

Protes Berterusan, ‘Resident Playbook’ Langsung Tak Akan Disiarkan?

Protes Berterusan, ‘Resident Playbook’ Langsung Tak Akan Disiarkan?

Punah harapan nak tonton “Resident Playbook”.

Siri ini kini telah ditangguhkan tanpa kepastian, menyebabkan kekecewaan dalam kalangan penonton yang tidak sabar menunggu rancangan tersebut.

Walaupun CJ ENM pada asalnya telah merancang untuk menyiarkan siri ini pada separuh kedua tahun 2024, sepertinya siri berkenaan tidak akan bersiaran langsung pada tahun ini.

Resident playbook

Seorang wakil dari saluran tersebut mengakui bahawa mereka masih dalam proses merancang penjadualan, tetapi mengakui bahawa ia akan sukar untuk mencari tarikh tayangan baru dalam masa terdekat.

Sepatutnya, “Resident Playbook” menemui penonton pada Mei ini namun keputusan untuk menangguhkan siaran dibuat selepas ribuan doktor di Korea melakukan protes besar-besaran dek ketidakadilan di tempat kerja selain ramai yang turut meletakkan jawatan.

Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan sebarang isu atau kontroversi timbul memandangkan “Resident Playbook” membawa tema kehidupan doktor di hospital.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald Economy

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...