Seperti yang semua ketahui, “Nevertheless” yang mempertaruhkan gandingan Song Kang dan Han So-hee memang menjadi sebutan ramai dari sebelum ia ditayangkan.
Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.
Pun begitu, rating yang dicatatnya untuk episod kedua baru-baru ini nyata mengejutkan ramai apabila ia jatuh ke lingkungan 1% (1.3%).
Sebelum ini, Song Kang telah menerima kritikan kerana pembawaan wataknya yang nampak tidak meyakinkan. Bahkan, netizen kini mula mempersoalkan kepadatan plotnya,
Teruknya 1%.
Bukan sahaja masalah lakonan, plotnya juga mempunyai isu tersendiri.
Han So-hee okay sahaja, tapi suasana keseluruhan drama itu sangat melelahkan. Jadi saya tak boleh menontonnya.
Kenapa rasa macam tiada keserasian di antara kedua pelakon utama?
Apa pula pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.