Ikuti Kami:

Promosi 2.2! Temui Cha Eunwoo Di ‘Just One 10 Minute [Mystery Elevator]’ Di KL Dengan Harga Istimewa

Promosi 2.2! Temui Cha Eunwoo Di ‘Just One 10 Minute [Mystery Elevator]’ Di KL Dengan Harga Istimewa

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW bakal memikat penonton Malaysia dengan jelajah ‘fan concert’ yang menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal Korea, CHA EUN-WOO. Bertemakan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] dan merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date, acara ini dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Malawati Shah Alam.

Jatuh cinta dalam 10 minit

Just One 10 Minute merupakan konsep unik CHA EUN-WOO yang bermaksud ‘Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang CHA EUN-WOO untuk membuat anda jatuh cinta dalam masa 10 minit’. Konsep ini mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan mendapat maklum balas yang sangat baik dek persembahan beliau yang mantap dan berkualiti tinggi. Acara yang sangat dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan CHA EUN-WOO sekali lagi mendekati peminat beliau di Kuala Lumpur. 

CHA EUN-WOO mempunyai portfolio yang mengagumkan, dengan kumpulan peminat yang sangat ramai di luar Korea Selatan, terutamanya di negara-negara Asia. Antara lakonan terbaiknya termasuklah dalam beberapa tajuk drama Korea yang diminati ramai di Viu seperti “My ID is Gangnam Beauty” dan “True Beauty”. Projek terbarunya, “A Good Day To Be A Dog”, membawa kejayaan yang membanggakan dan kini beliau semakin popular terutamanya dalam kalangan peminat drama Korea.

cha eunwoo viu

Tiket mula dijual

Nikmati sendiri jelajah ‘fan concert’ CHA EUN-WOO di Malaysia dengan tiga pilihan tiket: VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358), di mana semua pemegang tiket akan menerima kad foto yang telah ditandatangani  CHA EUN-WOO. Tiket boleh didapati di Ticket2u.com untuk pra-jualan kelab rasmi peminat CHA EUN-WOO (ASTRO) pada 10 Januari 2024, jam 12 tengahari hingga 11 Januari 11.59 pagi dan pelanggan Viu Premium pada 11 Januari 2024, jam 12 tengahari hingga 12 Januari 11.59 pagi. Jualan umum akan bermula pada 12 Januari 2024, jam 12 tengahari. 

Pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi ‘Hi-Bye’ dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh CHA EUN-WOO sendiri. Malah, 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP & CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh CHA EUN-WOO. Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif yang ditandatangani. Sila rujuk ke laman media sosial Viu Malaysia untuk maklumat lanjut.

cha eunwoo viu

Promosi istimewa 2.2

Istimewa buat semua, satu Flash Sale akan berlangsung pada 2 Januari ini pada jam 11 pagi ke 11 malam di mana kesemua pembeli tiket di bawah Viu Scream untuk 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] boleh mendapat diskaun sebanyak 22%. Wow! 

Tak sabar menunggu tibanya Februari untuk bertemu CHA EUN-WOO? Tonton A Good Day To Be A Dog di Viu hari ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...