Terbaru, pasukan produksi untuk “Guitar Man” telah mengeluarkan runut bunyi untuk filem tersebut yang berjudul “A World Without Pain”.
Khususnya, muzik video untuk lagu tersebut turut menampilkan mendiang Kim Sae-ron sebagai watak utama, yang juga merupakan salah satu projek terakhirnya sebelum meninggal dunia.
Dengan ini, ramai peminat dapat lepas rindu melihat wanita itu, setelah sekian lama dia menyepi dalam dunia hiburan.
Sementara itu, pengarah MV turut berkongsi pengalamannya bekerja bersama mendiang dengan berkata,
Kim Sae-ron bawa begitu banyak tenaga ke set dan penuh semangat. Saya sangat mengharapkan kepulangannya. Seperti tajuk OST itu, saya berharap dia bahagia dalam dunia tanpa kesakitan.
Tonton muzik video penuh di atas!