Ikuti Kami:

“Program Hiburan Terlama” – Sambut Episod Ke-700, ‘Running Man’ Kembalikan Misi Pengintip

“Program Hiburan Terlama” – Sambut Episod Ke-700, ‘Running Man’ Kembalikan Misi Pengintip

Sedar tak sedar, tak sangka “Running Man” bakal memasuki episod ke-700 pada minggu hadapan.

Dalam episod terbaru program itu, para ahli telah merakam notis program yang baru bersama enam ahli iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Kim Jong-kook, Ji Suk-jin, Yang Se-chan dan Song Ji-hyo.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberikan jangkaan yang tinggi buat episod akan datang di mana khabarnya ianya pasti akan membuatkan penonton setia teruja.

running man

Dalam sedutan episod akan datang, kesemua ahli dilihat bakal menayangkan belakang tabir siaran langsung yang dilakukan mereka pada minggu lalu bersama penonton. Malah akan ada aktiviti fizikal ‘menaikkan darah’ di mana ianya dibenci setiap ahli.

Lebih mengujakan kerana kali ini mereka akan ada aktiviti pengintip di mana wang taruhan sebanyak 7 juta won (RM25,000) telah hilang dan mereka perlu mencari dalangnya. Makin tegang kerana setiap ahli mula menuduh satu sama lain apabila ada yang tersingkir dengan sistem ‘out’ tanpa mengetahui sebabnya.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...