Ikuti Kami:

Program Dating Realiti ‘Pink Lie’ Buat Penonton Persoal Kebenaran & Penipuan Cinta

Program Dating Realiti ‘Pink Lie’ Buat Penonton Persoal Kebenaran & Penipuan Cinta

Seprtinya program realiti percintaan di Korea semakin menjadi kegemaran ramai termasuklah di seluruh dunia.

Masing-masing ada rahsia

Tidak mahu melepaskan peluang itu, laman Disney+ telah melancarkan sebuah program baru berjudul “Pink Lie” di mana sekumpulan anak muda yang menyimpan rahsia tersendiri tinggal sebumbung dengan harapan untuk mencari cinta sejati.

Dalam setiap episod, peserta perlu membina hubungan dan menyelesaikan pelbagai cabaran namun mereka tidak dibenarkan untuk membongkarkan rahsia itu. Sepanjang perjalanan, sesetengah peserta yang dipilih akan diberikan kelebihan digelar ‘pink moon’ di mana mereka boleh mempelajari rahsia seseorang dan memilih sama ada ingin meneruskan jalinan itu.

disnay+ pink lie

Hos menghiburkan

Bukan sahaja peserta dengan pelbagai personaliti, “Pink Lie” turut dihiasi oleh empat hos dengan berbeza latar belakang iaitu Kim Hee-chul ahli SUPER JUNIOR, pelakon dan penyanyi Lee Sun-bin, pelakon Song Won-seok dan personaliti YouTube Ralral.

Menerusi sidang media program ini, kesemua hos telah mendedahkan dinamik yang dapat disaksikan penonton nanti. Jelas Lee Sun-bin,

Sejujurnya, di set, kami sentiasa terlupa yang ada kamera sedang merakam kerana kami terlalu sibuk berseronok. Kami seperti sahabat yang mempunyai keserasian yang baik.

disney+ pink lie

Inti pati menyeronokkan

Tak cukup dengan itu, mereka turut berkongsi apa yang boleh dijangkakan dalam “Pink Lie”. Usik Ralral,

Pertama sekali, visual.

Tambah Kim Hee-chul,

Kedua, personaliti berbeza.

Manakala Lee Sun-bin pula memilih tempat janji temu yang cantik dan Song Won-seok menekankan pemilihan muzik latar yang pasti membuatkan penonton terbuai sama.

Komen penonton

[Amaran SPOILER]

Daripada reaksi penonton, kebanyak mereka memuji kesemua peserta kerana menampilkan sisi matang dalam mencari pasangan sejati.

Malah ada antara mereka yang sudah memilih peserta kegemaran, antaranya Seo Ha-ni di mana penonton sangat mengharapkan pengakhiran bahagia buatnya memandangkan ‘rahsia besar’ yang disimpannya mungkin menggugat hubungan yang bakal dibina ini.

disney+ pink lie

Dalam pada itu, rata-rata peserta lelaki sepertinya meminati Da-on dari pandang pertama namun siapa tahu apa yang akan terjadi dalam episod seterusnya nanti.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...