Akhirnya drama terbaru KBS iaitu “Police Lesson” telah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya.
Ianya membawa kisah mengenai detektif yang memberkas penjenayah dengan sedaya upayanya dan bekas penggodam yang menggunakan kebijaksaan untuk menyelesaikan segala masalah. Mereka kemudiannya berjumpa di Universiti Kepolisan sebagai profesor dan pelajar, dan bekerjasama untuk menyiasat kes jenayah bersama.
Cha Tae-hyun akan melakonkan watak profesor di universiti bernama Yoo Dong-man yang mempunyai pengalaman bertugas dalam pelbagai bahagian seperti unit jenayah keganasan dan unit penyiasatan siber.
Jin-young pula bakal menjayakan watak Kang Sun-ho, seorang penjenayah komputer yang akhirnya memasuki Universiti Kepolisan sebagai pelajar tahun pertama. Manakala Krystal pula akan menggalas tanggungjawab membawakan watak Oh Kang-hee, pelajar tahun pertama yang tidak mempunyai rahsia dendam ataupun kepura-puraan. Dia memiliki sifat yang bagus dan sentiasa berpihak kepada yang baik.
Sebelum ini, Young-jae (B.A.P) yang popular menerusi drama “Mr. Queen” turut disahkan bakal membawa watak Jo Joon-wook, seorang pelajar baru yang comel, ceria dan pandai berjenaka dan baru sahaja pulang ke Korea selepas belajar di luar negara.
Sama-sama kita nantikan tayangan drama ini nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.