Setelah hampir sebulan drama “Squid Game” ditayangkan, melibatkan model Jung Ho-yeon yang baru-baru ini telah menjadi pelakon wanita dengan pengikut di Instagram terbanyak, kali ini pula nasib Jung Ho-yeon yang bagai bulan jatuh ke riba telah dipilih sebagai duta global bagi jenama mewah Louis Vuitton untuk kategori fesyen, jam dan aksesori.
Nicolas Ghesquière, pengarah kreatif bagi jenama Louis Vuitton sendiri telah memilih Jung Ho-yeon sebagai duta global bagi jenama mewah tersebut.
Saya terus jatuh cinta dengan bakat dan keperibadian hebat Ho-yeon, dan saya tidak sabar untuk memulakan babak baru dalam perjalanan yang kami mulakan di Louis Vuitton beberapa tahun yang lalu.
Hebatnya penangan Jung Ho-yeon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.