Ikuti Kami:

Popular Serata Dunia, BTS Berjaya Jual 30 Juta Album Secara Keseluruhan Sejak Debut

Popular Serata Dunia, BTS Berjaya Jual 30 Juta Album Secara Keseluruhan Sejak Debut

BTS sekali lagi membuktikan kekuatan mereka sebagai kumpulan K-pop global.

Pada 12 Januari, Gaon Chart telah mengeluarkan data yang meringkaskan jualan album oleh penyanyi yang memulakan kerjaya selepas 2011 (dari Januari 2011 hingga November 2021).

Menurut data ini, BTS telah menjual sejumlah 32,783,223 salinan album, mencatatkan rekod jualan album terbanyak oleh kumpulan lelaki K-pop. NCT, EXO, dan SEVENTEEN mengikuti senarai itu, menduduki di tempat kedua hingga keempat. Tempat kelima dimenangi TWICE dengan jualan album sebanyak 7,299,094 naskhah. Dengan ini, TWICE telah menjadi kumpulan K-pop wanita yang berjaya menjual album paling banyak.

Sementara itu, HYBE Labels telah melepasi jualan album terkumpul sebanyak 50 juta salinan sejak dekad yang lalu. Data yang dikumpul ialah selama sepuluh tahun terakhir dari Januari 2011 hingga November 2021, menggabungkan jualan dari semua artis di bawah Big Hit Music, Belift Lab, KOZ Entertainment, Pledis Entertainment dan Source Music, yang telah melepasi jumlah 50,677,254 salinan album pada 30 November 2021.

bts 30 juta album

Khususnya BTS, yang berada di bawah agensi Big Hit Music, telah menyumbang sebahagian besar daripada 50 juta, dengan kumpulan tujuh ahli itu berjaya menjual lebih 30 juta salinan album, sejak debut mereka pada Jun 2013.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...