Ikuti Kami:

Popular Kini, Penonton Persoal Satu Babak ‘A Business Proposal’ Ini Tak Masuk Akal

Popular Kini, Penonton Persoal Satu Babak ‘A Business Proposal’ Ini Tak Masuk Akal

Buka mana-mana laman komuniti atau media sosial pun, mesti penuh dengan kisah “A Business Propsal” kan?

Drama komedi romantik yang memaparkan kisah cinta kontrak antara bos syarikat dan stafnya ini nyata membuatkan hati penonton berbunga-bunga.

Meskipun dipuji ramai, namun satu babak yang ditayangkan dalam episod kelmarin menjadi perbualan peminat. Katanya, ianya tak masuk akan langsung. Eh dah kenapa?

a business proposal

Dalam babak tersebut, Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) mengatakan bahawa gaji yang diterimanya iaitu sebanyak 3.5 milion won (RM12,099) sebagai ‘sedikit bak ekor tikus’.

Kalau tolak simpanan, bayaran hutang dan perbelanjaan dari gaji kecil ini, hanya akan tinggal 50,000 won (RM172) sahaja.

Penonton yang melihat babak ini rata-ratanya tak bersetuju dengan kenyataan Shin Ha-ri.

a business proposal

Kata mereka,

Gaji bersihnya ialah 3.5 milion won dan gaji tahunan ialaj 49 milion won. Kalau gaji itu dipanggil sekecil ekor tikus maknanya gaji saya seperti kaki lipas.

 

Gaji saya langsung tak capai ekor tikus.

 

Dia mempunyai simpanan sebanyak 2 milion won sebulan dan berani berkata tiada wang.

 

Cemburunya..

 

Kalau lah dia merupakan penyelidik di syarikat besar, memang betul lah gajinya sedikit.

Banyaknya gaji Shin Ha-ri..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...