Ikuti Kami:

Popular Kini! Pengikut Instagram Pelakon ‘All Of Us Are Dead’ Melonjak Naik Berjuta

Popular Kini! Pengikut Instagram Pelakon ‘All Of Us Are Dead’ Melonjak Naik Berjuta

Disebabkan “All Of Us Are Dead” menjadi sebutan kini, secara tak langsung para pelakonnya turut meniti di bibir penonton.

Meskipun rata-rata daripada mereka merupakan pelakon muda, namun kesemuanya terbukti berbakat besar dan bakal menjadi pelapis pelakon Korea pada masa akan datang.

Benar-benar menjadi ‘kegilaan’ ramai, jumlah pengikut Instagram para pelakon “All Of Us Dead” turut menyaksikan peningkatan yang mendadak.

Jo Yi-hyun

Hanya mempunyai 289,241 pengikut semasa hari tayangan “All Of Us Are Dead”, angka berkenaan meningkat dengan drastik dalam masa 5 hari iaitu 1.6 juta kini.

jo yihyun instagram

Romon

Park Solomon juga bermula sederhana dengan 309,963 pengikut dan melompat ke 1.9 juta dalam masa 5 hari sahaja.

romon instagram

Park Ji-hoo

Merupakan pelakon utama drama itu, Park Ji-hoo meraih pengikut sebanyak hampir sejuta selepas tayangan “All Of Us Are Dead” dan mempunyai 1 juta pengikut kini.

park jihoo instagram

Yoon Chan-young

Yoon Chan-young juga menunjukkan peningkatan yang drastik apabila jumlah pengikutnya menaik dari 103,735 ke 1.5 juta setakat ini.

yoon chanyoung instagram

Bukan sahaja mereka, namun pelakon lain seperti Yoo In-soo, Kim Bo-yoon dan Lee Yoo-mi turut menunjukkan peningkatan pengikut yang banyak hingga ratusan ribu selepas “All Of Us Are Dead” bersiaran.

Untuk pengetahuan, “All Of Us Are Dead” diadaptasi daripada webtoon popular dan membawa kisah di sekumpulan pelajar terperangkap di sebuah sekolah yang dijangkiti virus zombi sehingga mereka perlu membuat keputusan ekstrem untuk meloloskan diri.

all of us are dead netflix

Dahsyat kan kesemua mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...