“Culinary Class Wars” akan kembali dengan musim kedua!
Selepas tayangannya pada bulan September, program Netflix itu telah memikat penonton global dengan gabungan dinamik pertandingan ala sukan dan cabaran-cabaran yang belum pernah dilihat sebelum ini. Persaingan sengit dalam kalangan cef yang bersemangat, digabungkan dengan skala besar rancangan serta plot twist yang tidak dijangka, memberikan pengalaman yang mendebarkan.
Perjalanan juri-juri, Paik Jong-won, ahli restoran terkemuka Korea, dan Chef Anh Sung-jae dari Mosu Seoul, satu-satunya restoran di Korea yang menerima tiga bintang Michelin, menetapkan tahap baru untuk rancangan masakan Korea ketika mereka mengejar “rasa yang terbaik.”
Yoo Ki-hwan, Pengarah Kandungan di Netflix Korea berkata,
Terima kasih kepada sambutan luar biasa dari peminat, baik di Korea mahupun di seluruh dunia. Rancangan berskala besar seperti ini memerlukan usaha yang banyak untuk direalisasikan.
Penerbit Kim Hak-min dan Kim Eun-ji, bersama penulis Mo Eun-sol dari Studio Slam sekali lagi berganding bahu untuk menghasilkan musim kedua “Culinary Class Wars” yang lebih menarik.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.