Ikuti Kami:

Popular Di Pelbagai Negara, 4 K-Drama Tersenarai Di Ranking Netflix Global Kini

Popular Di Pelbagai Negara, 4 K-Drama Tersenarai Di Ranking Netflix Global Kini

Nampaknya pelbagai K-Drama berjaya menduduki tangga tertinggi dalam ranking Netflix Global kini.

Dua daripada naskhah ini merupakan siri asal daripada Netflix manakala dua daripadanya ialah drama yang turut ditayangkan di saluran Korea seperti tvN dan KBS.

Berikut merupakan ranking global Netflix berdasarkan tarikh 21 Oktober 2021.

netflix global k-drama

1. Squid Game

Ia ialah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

kcc squid game

3. My Name

“My Name” menceritakan kisah Ji-woo yang menyertai polis sebagai pengintip untuk organisasi pengedaran dadah bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya. Dalam misi tersebut, penonton akan disajikan dengan pelbagai babak saspens dek misi balas dendam Ji-u selain kebenaran yang memeritkan.

netflix my name

7. Hometown Cha Cha Cha

Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

netflix hometown cha cha cha

10. The King’s Affection

Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

kbs the king's affection

Mungkin kerana plot yang berlainan dan unik, kesemua naskhah ini mampu menarik perhatian ramai penonton di seluruh pelosok dunia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...