Ikuti Kami:

Popular Dengan Lagu ‘Way Back Home’, Shaun Akan Kolaborasi Dengan Yuna Untuk Single Baru

Popular Dengan Lagu ‘Way Back Home’, Shaun Akan Kolaborasi Dengan Yuna Untuk Single Baru

Penyanyi dan penulis lagu Korea Shaun, akan bekerjasama dengan penyanyi popular Malaysia Yuna, untuk projek kolaborasi akan datang!

Menurut Unbound Entertainment Group, Shaun dan Yuna akan mengeluarkan single kolaborasi “So Right”, yang pernah di‘hint’ oleh Shaun pada bulan Disember lepas. Shaun, yang mula mendapat pengiktirafan untuk single hit 2018 “Way Back Home” menampilkan Conor Maynard, telah merancang untuk kembali dengan keluaran muzik baharu pertamanya dalam masa 9 bulan sejak keluaran album sebelumnya “#0055b7” pada Mei 2021.

Sementara itu, Yuna, yang tidak perlu disoal lagi tentang kepopularitiannya, ialah seorang penyanyi-penulis lagu R&B Malaysia dan terkenal dengan kerjasamanya dengan Usher bagi single “Crush”.

kolaborasi shaun dan yuna

“So Right”, single kolaborasi antara Shaun dan Yuna telah ditetapkan untuk keluaran di semua platform penstriman pada 24 Februari ini jam 5 petang. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...