Ikuti Kami:

Popular Dek ‘Squid Game’, Kisah Percintaan 6 Tahun Jung Hoyeon & Lee Donghwi Jadi Perhatian

Popular Dek ‘Squid Game’, Kisah Percintaan 6 Tahun Jung Hoyeon & Lee Donghwi Jadi Perhatian

Rasanya mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai pelakon baru yang melakonkan watak Kang Sae-byeok di dalam “Squid Game” kan?

Berjaya membawa watak pelarian daripada Korea Utara yang dingin, sudah pasti nama Jung Ho-yeon menjadi carian penonton selepas menonton drama bersiri itu. Lagi pula, wanita itu yang berusia 27 tahun berjaya menunjukkan bakat lakonan yang baik meskipun ini adalah drama pertamanya.

Mula dikenali sebagai model antarabangsa, netizen juga mula menyebut mengenai kisah cintanya bersama pelakon Lee Dong-hwi. Kalau anda nak tahu, mereka mengumumkan sedang bercinta pada Januari 2015.jung hoyeonMalah wanita itu juga rapat dengan Honey Lee dan Gong Myung yang juga merupakan rakan baik kepada kekasihnya selepas mereka sama-sama bergandingan di dalam filem “Extreme Job”.

Sekadar pengetahuan, Jung Ho-yeon 9 tahun lebih muda daripada Lee Dong-hwi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...