Ada tak yang seronok melayan “Pachinko” kini?
Mungkin ramai yang menontonnya kerana Lee Min-ho dan Youn Yuh-jung tapi tak dinafikan bahawa Kim Min-ha yang membawa watak Sun-ja semasa muda mula menambat hati ramai dek wajahnya yang menawan selain lakonan yang memukau.
Kalau anda nak tahu, Kim Min-ha sebenarnya sudah beberapa kali muncul dalam drama lain namun hanya sekadar memegang watak kecil. Antaranya ialah “Partners For Justice” dan filem “The Call”.
Disebabkan namanya jadi sebutan kini, satu klip video yang mengumpulkan beberapa babaknya dalam “School 2017” telah tular di aplikasi TikTok.
Untuk pengetahuan, watak yang dibawanya ialah Yeo Seung-eun iaitu salah seorang pengikut Young-gun (Ha Seung-ri).
Mesti Kim Min-ha akan banyak berlakon lagi selepas ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.