Kalau dah hebat berlakon, penonton pastinya ingin pelakon kegemaran mereka mendapat penghargaan yang sewajarnya.
Baru-baru ini, peminat telah meluahkan rasa kesal kerana 8 pelakon lelaki hebat ini tidak pernah sekali pun membawa pulang apa-apa anugerah di acara ‘Baeksang Arts Awards’.
Khususnya, pelakon yang disebut adalah termasuk Ji Chang-wook, Wi Ha-joon, Lee Dong-wook, Park Seo-joon, Lee Je-hoon, Ahn Bo-hyun dan Lee Jun-ki.
Walaupun ada di antara mereka yang sudah beberapa kali menerima pencalonan namun, tidak pernah berpeluang untuk memenangi anugerah tersebut. Dengan ini, ramai yang kecewa kerana bakat mereka tidak dihargai.
Hmm korang rasa kenapa?