Utama Celebrity News Popular Serata Dunia, Lee Jungjae Dipilih Jadi Duta Global Gucci

Popular Serata Dunia, Lee Jungjae Dipilih Jadi Duta Global Gucci

lee jungjae gucci

Sejak “Squid Game” ditayangkan, para pelakonnya terus ‘mendunia’ dalam persada seni, tak kisah dari segi populariti dan pelbagai tawaran hebat.

Terbaru, agensi Lee Jung-jae mengumumkan bahawa lelaki itu telah pun dipilih sebagai duta global untuk jenama mewah Itali iaitu Gucci.

Lee Jung-jae yang meraih populariti global telah dilantik sebagai duta global bagi jenama Gucci.

lee jungjae gucci

Menerusi foto rasmi yang diriliskan, Lee Jung-jae menarik perhatian ramai dengan karisma uniknya selain pakaian rekaan Gucci yang menyerlahkan fizikalnya yang tinggi.

Kata Gucci,

Lee Jung-jae disayangi serta dunia sebagai artis yang mewakili Korea kerana kariernya yang berjaya selain gaya fesyen sofistikated berdasarkan bakat lakonan yang luas dan mendalam.

lee jungjae gucci

Hebat betul penangan watak Sung Gi-hun yang dibawa dalam “Squid Game” nampaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERFinancial News
Loading...