Ikuti Kami:

“Polis Paksa?” – Baru Sehari Bertegas Tak Ambil Dadah & Pelacur, Pemergian Lee Sunkyun Dipersoal

“Polis Paksa?” – Baru Sehari Bertegas Tak Ambil Dadah & Pelacur, Pemergian Lee Sunkyun Dipersoal

Industri hiburan Korea pada pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian Lee Sun-kyun yang ditemui tidak bernyawa di dalam kereta miliknya di sebuah taman di sekitar Seoul.

Sehingga kelmarin, pelakon lelaki itu masih lagi dalam siasatan mengenai tuduhan mengambil dadah di pusat hiburan dewasa namun menafikan sekeras-kerasnya. Malah mendiang turut meminta ujian pengesan penipuan untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Disebabkan oleh siasatan yang masih aktif dijalankan, pihak polis mengumumkan bahawa tiada siasatan secara paksaan yang berlaku.

Hanya mempunyai keterangan dari ‘A’ yang merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan, ujian saringan dadah yang dilalui Lee Sun-kyun mengeluarkan hasil negatif untuk penggunaan dadah termasuklah sampel rambut yang diproses oleh Institut Penyiasatan Sains Kebangsaan.

lee sunkyun

Polis menegaskan bahawa tiada siasatan paksaan ketika menyiasat mendiang dan menegaskan bahawa setiap siasatan dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang. Polis juga menyatakan hasrat untuk meneruskan siasatan lanjut ke atas individu lain kecuali Lee Sun-kyun.

Dua peguam ada bersama setiap kali Lee Sun-kyun menjalani soal siasat. Termasuklah sesi yang berlangsung selama 19 jam sebelum ini, mendiang disoal sehingga lewat malam dan kami menerima persetujuannya.

Jenazah dikatakan telah diletakkan di Hospital Universiti Seoul di Yeongeon-dong pada masa ini untuk diberikan penghormatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...