Ikuti Kami:

Plot Twist Tak Dijangka, Penonton Tak Puas Hati Lihat Ending ‘The Worst Of Evil’

Plot Twist Tak Dijangka, Penonton Tak Puas Hati Lihat Ending ‘The Worst Of Evil’

Apa perasaan korang selepas menonton episod akhir “The Worst Of Evil” di Disney+?

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan seorang polis menjalani pengintipan dalam satu geng dadah terbesar di Seoul tanpa mengetahui apa yang akan berlaku dalam hidupnya nanti.

[Amaran SPOILER]

Dalam situasi yang tidak dijangka, hati Jun-mo (Ji Chang-wook) sepertinya berlembut terhadap Gi-cheul (Wi Ha-joon). Malah dalam usahanya untuk memberikan peluang pada ketua kartel dadah itu untuk melarikan diri, namun ianya berakhir tragedi. Gi-cheul nyata terasa dikhianati apabila mengetahui bahawa Jun-mo dan Eui-jeong (Im Se-mi) sebenarnya merupakan suami isteri dan dalam misi untuk menumpaskan kancah dadah yang dimilikinya. Pertemuan mata antara mereka hanya tinggal kenangan apabila Jun-mo menebak lelaki tersebut yang dilihat mengeluarkan pistol untuk mengambil nyawanya.

the worst of evil

Di akhir cerita, walaupun Jun-mo dan Eui-jeong menerima pingat kenaikan pangkat atas kerjasama mereka mematahkan jenayah dadah terbesar di Seoul itu, namun mereka dilihat membawa haluan masing-masing selepas itu. Sepertinya menandakan bahawa hubungan antara suami isteri itu turut menemui titik noktahnya.

Selepas menonton episod akhir “The Worst Of Evil”, para penonton meluahkan rasa kesal memandangkan kesudahan yang terbuka dan kosong buat watak utamanya iaitu Jun-mo. Lelaki itu yang bermula semangat, berakhir dengan kekecewaan apabila rakan barunya Gi-cheul menemui ajal selain turut berpisah dengan isterinya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...