Ikuti Kami:

Plot Twist Setiap Episod, 2 Misteri ‘The Penthouse’ Buat Penonton Berdebar

Plot Twist Setiap Episod, 2 Misteri ‘The Penthouse’ Buat Penonton Berdebar

Semakin lama, semakin berdebar tonton “The Penthouse”. Walaupun baru sahaja 6 episod ditayangkan tetapi penonton dah geram tonton satu demi satu rahsia yang terbongkar di antara mereka.

[Amaran SPOILER]

Selepas didedahkan bahawa Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) membunuh kekasih lama Shim Soo-ryun dan turut menukar anak kandungnya Min Seol-ah (Jo Soo-min) dengan Joo Hae-in (Na So-ye) yang merupakan anak orang lain.

Pendedahan ini membuatkan Shim Soo-ryun terkejut selepas menyaksikan sendiri kematian Min Seol-ah selepas mengetahui identiti sebenarnya. Selepas wanita itu mengetahui bahawa penduduk yang tinggal di Hera Palace menutup bukti berkaitan kematian Min Seol-ah selain hubungan sulit di antara suaminya dan Chun Seo-jin, Shim Soo-ryun nekad mahu membalas dendam.

Ini merupakan antara 3 misteri yang penonton nantikan supaya ia dirungkaikan pada episod akan datang.

misteri the penthouse

Misteri 1: Siapakah yang menolak Min Seol-ah?

Dek bantuan Oh Yoon-hee, Min Seol-ah berjaya melarikan diri namun semasa sedang berlari turun daripada tangga, dia ditolak oleh seorang individu misteri. Apabila berjaya keluar, Min Seol-ah kemudiannya berjumpa dengan seseorang di lobi, menyebabkan dia panik dan kemudiannya ditolak. Rata-rata penonton terus sibuk menebak siapakah gerangan yang membuatkan gadis itu panik sedemikian rupa sebelum dia ditolak jatuh.

Misteri 2: Gerak geri Chun Seo-jin dan Ha Eun-byul yang mencurigakan

Chun Seo-jin merupakan antara individu yang tahu bahawa Min Seol-ah diikat di dalam bilik rahsia itu. Dia kemudiannya bertanya mengenai rakaman video kecurangannya dengan suami Shim Soo-ryun. Tidak membalas, Min Seol-ah malah mengungkit kemasukan anak perempuannya Han Eun-byul secara rasuah ke sekolah tersebut. Apabila Chun Seo-jin menggenggam kolar baju gadis itu, dia kemudiannya menggigit tangan wanita tersebut. Dengan pandangan yang tajam, Chun Seo-jin menjerit dan menyuruh Min Seol-ah supaya mati sahaja. Lagi pula, apabila Yoo Jenny menunjukkan kepada Han Eun-byul mengenai kematian Min Seol-ah, dia menutup telinganya dan menjerit. Melihat tingkah laku anak beranak ini, penonton berasa ingin tahu kenapa mereka sepertinya terkesan dengan kematian Min Seol-ah.

Penat betul tengok “The Penthouse”, tiap-tiap episod ada sahaja rahsia baru terbongkar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...