Ikuti Kami:

Plot Twist Lagi! Ramai Teka Ada Watak Hidup Dari Mati & Watak Baru Dalam ‘The Penthouse 3’ Nanti

Plot Twist Lagi! Ramai Teka Ada Watak Hidup Dari Mati & Watak Baru Dalam ‘The Penthouse 3’ Nanti

Kembali lagi kita dalam episod netizen membongkar teori “The Penthouse 3”!

Dalam sebuah entri di laman komuniti baru-baru ini, dikhabarkan mungkin akan ada satu watak yang dihidupkan kembali.

Daripada gambar yang diselitkan, dapat dilihat Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon) sedang merawat seseorang yang dibalut penuh dan terbaring di atas katil bilik pembedahan.

the penthouse 3

Meskipun tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas, namun penonton yakin bahawa pesakit tersebut mungkin ialah Logan Lee (Park Eun-seok) yang dikatakan mati selepas terlibat dengan letupan kereta yang didalangi oleh Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) pada penghujung musim kedua lalu.

Bukan itu sahaja, khabarnya penonton akan disapa dengan satu watak baru pada episod “The Penthouse 3” akan datang. Menurut entri yang dimuat naik Soop Company Kids, pelakon kanak-kanak mereka iaitu Ahn So-ye disahkan akan muncul dalam drama popular itu sebagai adik kepada watak Joo Dan-tae.

ahn soye

Pun begitu, tidak dipastikan sama ada sebagai adik lelaki itu pada masa lalu ataupun  memang watak adiknya sekarang.

Apa yang pasti, ia pasti akan menimbulkan lebih banyak persoalan penonton nampaknya. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...