Ikuti Kami:

Plot Twist Hingga Ke Sudah, Episod Akhir ‘High Class’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Plot Twist Hingga Ke Sudah, Episod Akhir ‘High Class’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Apa macam ‘roller-coaster’ yang ditampilkan “High Class” selama 16 episod ini?

Sinopsis

Drama misteri ini berlatar belakangkan sekolah antarabangsa mewah yang bertempat di sebuah kepulauan bak syurga. Song Yeo-wool (Jo Yeo-jeong) ialah seorang peguam yang hilang segalanya selepas dituduh membunuh suaminya. Dia kemudiannya mula mencari tahu kebenaran di sebalik kematian suaminya apabila terbongkar rahsia bahawa salah seorang ibu di sekolah berkenaan merupakan didedahkan sebagai perempuan simpanan lelaki itu.

Misteri terungkai

[Amaran SPOILER]

Ditipu hidup-hidup, siapa sangka Ahn Ji-young (Kim Nam-hee) sebenarnya masih hidup dan mahu memusnahkan hidup Song Yeo-wool. Ketamakan lelaki sampaikan sanggup menculik anaknya sendiri, Ahn Yi-chan namun akhirnya bertemu tragedi apabila dibunuh oleh Maggie Chen (Jung Young-joo).

ending high class

Song Yeo-wool kemudian membuka firma guaman di kepulauan Jeju dengan bantuan Danny (Ha Joon) untuk membantu orang ramai.

Rating tertinggi

Mengekalkan rating yang konsisten dalam lingkungan 4%, “High Class” ternyata mempunyai peminatnya tersendiri. Bahkan ianya melonjak naik ke 5% semasa dua episod terakhir di mana penamatnya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 5.7%.

So, apa skor yang anda nak berikan buat “High Class”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...