Ikuti Kami:

Plot Twist Hingga Ke Akhir, ‘The Golden Spoon’ Tamat Dengan Rating Baik

Plot Twist Hingga Ke Akhir, ‘The Golden Spoon’ Tamat Dengan Rating Baik

Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya drama “The Golden Spoon” telah pun menamatkan siaran kelmarin.

Sinopsis

Dari webtoon dengan nama yang sama, “The Golden Spoon” ialah kisah pengembaraan fantasi tentang seorang lelaki muda yang dilahirkan dalam keluarga miskin. Suatu hari, dia menjumpai sudu emas dan tiba-tiba bertukar tempat dengan seorang kawan yang dilahirkan dalam keluarga kaya.

Masing-masing hidup bahagia

Selepas segala kesulitan yang dihadapi, akhirnya kesemua watak menjalani kehidupan tersendiri.

mbc the golden spoon

Seung-cheon sebenar bertukar kehidupannya lagi apabila pekebun di rumah itu menjamah makanan menggunakan sudu emas berkenaan. Malah Ju-hee yang berjumpa dengannya selepas perubahan diri itu tidak dapat melepaskan perasaan bahawa dia sebenarnya mengenali lelaki tersebut.

Tae-young pula dikenali ramai sebagai penulis webtoon kini di mana dia sibuk dengan promosi naskhah terbaru bertajuk “The Golden Spoon”. Tak cukup dengan itu, Yeon-jin sudah pun memiliki anak bersama Park Jang-gu.

Rating baik

Berbekalkan plot twist hingga ke hujungnya, “The Golden Spoon” berjaya meraih rating baik sepanjang tayangan.

mbc the golden spoon

Pun begitu, episod akhirnya gagal menandingi rekod terbaik yang dicatatkan ketika episod ke-11 iaitu 7.8% dan hanya berpuas hati dengan angka 6.0% sahaja. Namun ianya merupakan satu catatan yang baik buat drama berkenaan.

Apa kata korang mengenai endinganya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...