Ikuti Kami:

Plot Twist Hingga Ke Akhir, ‘Blind’ Tamat Dengan Rating Tinggi

Plot Twist Hingga Ke Akhir, ‘Blind’ Tamat Dengan Rating Tinggi

Okay tak buat semua yang menonton “Blind” dengan setia?

Sinopsis 

“Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

Semua terbongkar

[Amaran SPOILER]

Akhirnya, tembelang sebenar pecah dan Ryu Seung-hoon (Ha Seok-jin) didedahkan sebagai dalang sebenar di sebalik pembunuhan ini. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu bertindak sedemikian bagi membalas dendam atas apa yang terjadi di Pusat Kebajikan Harapan pada 20 tahun lalu. Dari apa yang diceritakan, anak-anak di sana didera dan ada yang dicampak ke dalam kancah pelacuran.

tvn blind

Walaupun diambil sebagai anak angkat, namun dendam Ryu Seung-hoon tidak terbalas lantas dia merancang semua ini termasuklah dengan bantuan Jung Yun-jae (Park Ji-bin) yang merupakan salah seorang mangsa sepertinya. Pun begitu, Jung Yun-jae menamatkan dendamnya dengan membunuh Kim Beop-rae yang merupakan antara pelaku utama 20 tahun lalu sebelum membunuh diri sendiri ketika dalam tahanan.

Ryu Seung-hoon pula berdiri tenang di dalam perbicaraan terbuka mengenai salah lakunya dan mengakui segala insiden itu. Malah dia memilih untuk menceritakan hal ini kepada semua supaya mereka mengetahui kepincangan institusi kebajikan itu. Dalam pada itu, lelaki berkenaan redha apabila dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mendedahkan segalanya.

tvn blind

Rating tinggi

Walaupun gagal untuk mencapai rating terbaik yang dicatat semasa episod pertama, “Blind” berjaya meraih rating tinggi untuk episod terakhirnya iaitu 3.136%. Pun begitu, rata-rata penonton memuji “Blind” kerana berjaya memaparkan cerita yang penuh dengan plot twist sehingga ke hujungnya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...