Okay tak “Revenge Of Others”? Sedar tak sedar, drama Disney+ itu sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.
Sinopsis
Ia membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.
Plot twist hingga ke sudah
[Amaran SPOILER]
Siapa sangka Seok Jae-bum (Seo Ji-hoon) rupanya mengalami masalah krisis identiti dan menyimpan imej yang lebih jahat berbanding dirinya yang sebenar. Disebabkan itu, Gi O-sung (Jin Ho-eun) menggunakan rahsia itu untuk mengugutnya.
Lelaki tersebut yang hampir membunuh Chan-mi (Shin Ye-eun) dek dikawal identiti lainnya itu akhirnya ditangkap polis. Kemudian, Ji Soo-heon dan Gi O-sung bergaduh di atas bumbung sekolah sebelum si jahat itu terjatuh ke bawah. Walaupun mengetahui bahawa Ji Soo-heon berada bersama ketika kejadian itu, namun seluruh pelajar sekolah itu melindunginya dan mengatakan Gi O-sung terjatuh dengan sendirinya.
Selepas kesemua konflik ini, Ji Soo-heon dan Chan-mi akhirnya bahagia bersama di mana lelaki itu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah bagi menghabiskan sisa hidupnya manakala si gadis tersebut pula berjaya diterima masuk ke akademi tentera laut.
Melihatkan ending ini, rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati dengan susunan plot yang mencengkam perasaan sehingga ke akhir tayangan.
Penonton berpuas hati
Malah rata-ratanya berpuas hati melihat kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh kesemua teraju utamanya seperti Park Solomon, Shin Ye-eun, Seo Ji-hoon, Jin Ho-eun, Chung Soo-bin dan ramai lagi.
Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.