Ikuti Kami:

Plot Sedikit Berbeza, Penonton Risau Ending ‘Itaewon Class’ Lain Dengan Webtoon Asal

Plot Sedikit Berbeza, Penonton Risau Ending ‘Itaewon Class’ Lain Dengan Webtoon Asal

Sejak mula mencipta nama dalam drama “Kill Me, Heal Me”, Park Seojoon tak berhenti mengorak langkah sebagai pelakon hebat dalam industri drama Korea. Drama mana pun yang diterajuinya, sudah pasti akan menjadi tumpuan para peminat K-Drama dan tak kira lagi ratingnya yang pasti tinggi menjulang.

Sejak “Itaewon Class” mula ke udara, penonton langsung tak terlepas menonton satu episod pun. Kehebatan lakonan yang ditonjolkan oleh Park Seojoon, Kim Dami, Yoo Jaemyung dan Kwon Nara merupakan antara sebab drama ini menjadi kegilaan ramai sekarang ini sehingga ia sering trending di Twitter. Kesudahan kepada setiap episod nyata sentiasa membuatkan penonton tak senang duduk.

rating itaewon class

Tinggal lagi 4 episod sehingga ke penghujung “Itaewon Class”, dikhabarkan bahawa skrip episod akhir sudah pun disiapkan pada hujung minggu lalu. Berita ini membuatkan ramai peminat yang tak sabar menanti kesudahan kepada nasib semua watak dalam naskhah ini. Peminat juga tertanya-tanya sama ada kesudahannya adalah sama dengan webtoon asal ataupun tak.

[Amaran SPOILER]

Bagi yang tidak pernah membaca webtoon asal kepada “Itaewon Class” ini, terdapat sedikit perbezaan di antara plot asalnya dan drama. Walaupun tak nampak ketara, tetapi ia mungkin memberi ending yang lain daripada yang dijangka oleh penonton. Sepatutnya babak Yiseo mengakui cintanya kepada Saeroy adalah kepada penghujung episod dan ketika gadis itu sudah berambut panjang. Tetapi di dalam versi drama pula, pengurus Danbam itu sudah pun menyatakan rasa cintanya pada episod ke 12 dan dia juga masih berambut pendek.

itaewon class

Hal ini menyebabkan ramai yang menebak kemungkinan besar ending “Itaewon Class” mungkin berbeza dengan yang asal. Menerusi versi webtoon, dapat dilihat bahawa cerita tersebut diakhiri dengan Saeroy dan Yiseo bahagia dilamun cinta. Namun adakah perkara yang sama akan terjadi dalam dramanya?

Pun begitu, ada segelintir peminat yang melahirkan rasa tidak senang hati dengan jarak umur di antara Saeroy dan Yiseo. Tambahan pula, menurut undang-undang Korea, gadis itu masih di bawah umur manakala Saeroy sudah menginjak usia 30-an.

Apa-apa pun, pastikan anda menonton “Itaewon Class” sehingga ke penghujungnya!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...