Ikuti Kami:

Plot ‘Roller Coaster’ Daripada Didera, Dituduh Bunuh & Anak Tak Tahu Kewujudan, Rating Awal ‘Lie After Lie’ Baik

Plot ‘Roller Coaster’ Daripada Didera, Dituduh Bunuh & Anak Tak Tahu Kewujudan, Rating Awal ‘Lie After Lie’ Baik

Lee Yu-ri sememangnya seorang pelakon yang hebat dalam pembawaan wataknya! Bagi sahaja watak ceria ataupun wanita malang, pasti dia akan menjayakan setiap satu daripadanya dengan hebat sekali. Bahkan ramai yang dah teruja menyaksikan dua episod drama baru lakonan pelakon itu iaitu “Lie After Lie”.

Sinopsis “Lie After Lie”

Drama ini membawa kisah Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya.

Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

episod awal lie after lie

Episod awal seperti ‘roller-coaster’

Baru dua episod tetapi penonton dah disajikan dengan pelbagai babak yang menyebabkan emosi menjadi ‘roller-coaster’. Sudahlah sedang mengandung tetapi sering didera oleh lelaki yang sepatutnya melindungi si isteri, kini dituduh pula sebagai pembunuh suami sendiri. Pembukaan drama “Lie After Lie” dah dipenuhi dengar adegan berlumuran darah!

Bukan itu sahaja, semasa di penjara pun Ji Eun-soo dilayan seperti sampah oleh warden tenpat tersebut selain rakan sama bilik turut cuba menganiaya dengan meletakkan pasir di dalam botol susu anaknya dek tak tahan mendengar bunyi tangisan bayi itu. Kejam! Demi keselamatan anak sendiri, Ji Eun-soo sanggup menyerahkan cahaya mata perempuannya itu namun keadaan semakin serabut apabila anaknya yang sudah besar kini dijaga oleh seorang wartawan yang turut menyiasat kisah sebenar disebalik kematian suaminya.

episod awal lie after lie

Benarlah orang kaya hanya memikirkan kepentingan diri sendiri! Ibu mertua Ji Eun-soo bersungguh-sungguh mengatakan bahawa anak lelakinya yang sudah mati adalah orang baik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat menantunya itu menerima balasan atas kematiannya.

Nampak tak betapa ‘roller-coaster’ episod pertama ini! Makin sedih apabila melihat wanita itu yang hanya mampu memandang daripada jauh anak perempuannya yang dibesarkan oleh orang asing baginya.

episod awal lie after lie

Tarik perhatian penonton

Dua episod sahaja pun dah mampu buat penonton melekat di depan kaca televisyen, begitu hebat tahu plot “Lie After Lie” ini. Bayangkan sekejap anda terkejut, baru nak sedih tiba-tiba rasa nak marah lihat kekejaman ibu mertua Ji Eun-soo. Memang emosi berbolak-balik apabila menonton drama ini.

Walaupun episod pertama hanya meraih rating 1.2% tetapi ianya melompat dua kali ganda pada episod seterusnya apabila ia berjaya meraih rating sebanyak 2.6%. Naik mencanak tahu! Hal ini membuktikan bahawa “Lie After Lie” kini semakin tempat di hati penonton K-Drama dan berkemungkinan besar akan terus meningkat lagi sekiranya ia mampu mengekalkan momentum seperti ini sehingga ke penghujungnya.

Saksikan “Lie After Lie” pada setiap Jumaat dan Sabtu di Channel A!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...