Ikuti Kami:

Plot Ringan & Kelakar, Episod Awal ‘Moonshine’ Raih Rating Memuaskan

Plot Ringan & Kelakar, Episod Awal ‘Moonshine’ Raih Rating Memuaskan

Satu lagi drama bersejarah telah hadir bagi merebut hati penonton K-Drama! Anda dah layan belum “Moonshine”?

Sinopsis

Drama ini mengambil tempat ketika undang-undang yang paling keras digunakan dalam sejarah Joseon, menggambarkan kemahuan manusia dan sesungguhnya menghalang bukanlah pilihan terbaik. Ianya akan menampilkan hubungan berisiko mengenai seorang inspektor berprinsip yang menangkap sesiapa membuat arak secara haram dan seorang wanita yang membuat arak secara haram bagi mengubah nasibnya.

kbs moonshine

Episod awal menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Terbeban dengan hutan dek abangnya, Kang Ro-seo (Hye-ri) menemui jalan untuk membuat duit bagi melangsaikannya. Tidak disangka bahawa terdapat dunia yang disembunyikan dari dunia di mana arak merupakan ’emas’ di dalamnya.

Menggunakan peluang itu, Kang Ro-seo mula membuat arak sendiri bernama ‘moonshine’ di rumahnya dan menyamar sebagai lelaki untuk menjualnya. Namun semuanya mula berantakan apabila detektif Nam Young bekerja keras untuk menumpaskan sesiapa yang menjual minuman haram itu.

kbs moonshine

Rating memberangsangkan

Untuk episod pertama, drama ini merakamkan rating sebanyak 7.5% membuktikan ramai yang menantikan tayangan perdananya. Malah ia mengekalkan nombor yang konsisten pada episod kedua iaitu 7.2%.

Menurut komen penonton, drama ini menghiburkan dan ringan lantas membuatkan ramai yang seronok menontonnya.

Korang kena layan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...