Ikuti Kami:

Plot Padat & Mendebarkan, Episod Awal ‘Military Prosecutor Doberman’ Catat Rating Tinggi

Plot Padat & Mendebarkan, Episod Awal ‘Military Prosecutor Doberman’ Catat Rating Tinggi

Korea kalau buat drama bertemakan ketenteraan mesti tak mengecewakan! Samalah dengan “Military Prosecutor Doberman” yang baru ditayangkan kini.

Sinopsis

Ia menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man, seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in, seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.

Plot padat dan mantap

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula dengan Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) yang mengelak daripada menghabiskan sekolah supaya dia tidak perlu memasuki perkhidmatan tentera. Meskipun kelihatan kurang bernas namun lelaki itu berjaya melepasi peperiksaan undang-undang namun tidak diterima bekerja memandangkan dia tidak mempunyai sijil sekolah menengah.

tvn military prosecutor doberman

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya menerima sogokan Yong Moon-gu (Kim Yong-min) iaitu rakan guaman di firma Law and One. Katanya, dia bakal diterima menjadi peguam di situ sekiranya berkhidmat sebagai pendakwaraya ketenteraan selama 5 tahun. Sepanjang perkhidmatannya, dia sentiasa mengikut arahan Yong Moon-gu ketika memyelesaikan kes bagi mendapatkan wang daripadanya.

Kemudian, dia berkenalan dengan Cha Woo-in (Jo Bo-ah) iaitu seorang pendakwaraya baru di pejabat itu. Daripada situ, dia mula berasa ingin tahu mengenai latar belakang wanita itu memandangkan dia yang langsung tidak berganjak daripada prinsip seorang pendakwaraya dan langsung tak gentar meskipun diacu kaca tajam oleh pesalah.

Menerusi pendedahan episod awal ini, kedua mereka menjalani kehidupan sekarang kerana trauman yang dilalui semasa kecil dek insiden yang menimpa ibu bapa mereka. Apakah yang akan terjadi nanti?

tvn military prosecutor doberman

Rating tinggi

Episod pertamanya bermula baik dengan catatan 5.263% sebelum ianya meningkat naik ke 7.009% semasa episod kedua sekaligus membuktikan drama itu yang kian mendapat tempat di hati peminat K-Drama.

Daripada respon ramai, kesemuanya menyukai plot “Military Prosecutor Doberman” yang padat dan penuh aksi yang mendebarkan. Malah tugas pendakwaraya kententeraan yang diperkenalkan di dalamnya merupakan satu pendekatan unik yang tidak dilihat di dalam naskhah lain.

Jangan lupa tonton drama ini okay, serius tak menyesal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...