Ikuti Kami:

Plot Padat , Episod Kedua ‘Grid’ Terus Buat Penonton Tak Senang Duduk

Plot Padat , Episod Kedua ‘Grid’ Terus Buat Penonton Tak Senang Duduk

Siapa yang sedang syok menonton drama “Grid” di Disney+ Hotstar sekarang?

Dek episod pertama yang menakjubkan, ramai yang nampaknya tidak sabar untuk menonton sambungan cerita itu dalam episod keduanya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod kedua ini, cerita bersambung apabila ‘hantu’ (Lee Si-young) dilihat muncul di tempat jenayah di kedai serbaneka itu.

Sepertinya ada rahsia yang cuba disimpan rapi, kes berkenaan dipaksa tutup oleh biro pengurusan. Oleh sebab itu, Jung Sae-byeok (Kim Ah-joong) dan Kim Sae-ha (Seo Kang-joon) mula tak tentu arah dan memilih untuk menyelesaikan sendiri kes ini dan menyiasat bersama.

disney+ grid

Naluri Kim Sae-ha semakin kuat apabila dia mengingati satu insiden pertemuan bersama ‘hantu’ suatu ketika dahulu hingga menyebabkan luka torehan padanya.

Seperti episod pertamanya, episod kedua “Grid” terus membuatkan penonton tak senang duduk dek kewujudan ‘hantu’ yang penuh tanda tanya. Bahkan ramai yang ingin mengetahui apakah hubungan antara sosok misteri itu dengan Jung Sae-byeok dan Kim Sae-ha.

disney+ grid

Jangan lupa saksikan episod ketiga pada 2 Mac nanti di Disney+ Hotstar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...