Lain macam tahu perasaan dan keseronokan apabila tengok K-Drama yang menampilkan ketamakan dalam dunia orang kaya. Walaupun mungkin tak faham mengenai kehidupan mereka tapi kita pun syok ikuti setiap plot twist yang disajikan.
Sama juga seperti cerita “Mine” yang baru sahaja ditayangkan di tvN baru-baru ini.
Sinopsis
“Mine” membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.
Permulaan yang mengasyikkan
[Amaran SPOILER]
Dunia Seo Hee-soo (Lee Bo-young) dan Jung Seo-hyun (Kim Seo-hyung) yang tenang mula ‘bergoncang’ dengan kemasukan orang baru selain pendedahan rahsia yang sekian lama terpendam.
Rata-rata penonton sudah pun mula jelak dengan watak Kang Ja-kyung (Ok Ja-yeon) meskipun hanyalah merupakan seroang tutor yang baru sahaja diupah oleh keluarga kaya itu. Bukan sahaja berani memakai pakaian Seo Hee-soo sesuka hatinya malah wanita itu sepertinya mempunyai agenda lain ‘menyerap’ masuk ke dalam keluarga konglomerat tersebut.
Jung Seo-hyun pula mula memulakan ‘peperangan’ dengan ibu mertuanya selepas membongkar satu rakaman yang merakamkan segala perbuatan jahat wanita tua itu. Sepertinya wanita itu akan menggunakannya untuk kelebihan dia dan suaminya nanti.
Penonton terpukau
Walaupun baru dua episod, namun “Mine” menunjukkan potensi untuk menjadi antara drama popular bagi tahun ini. Bahkan episod pertamanya sudah pun meraih rating yang tinggi (7.9%) sehingga meletakkannya dalam ranking rating terbaik untuk episod perdana di saluran tvN. Ianya bagaimanapun menunjukkan sedikit penurunan pada episod kedua dengan catatan 6.0% sahaja.
Berdebar nak nantikan apa lagi yang bakal terjadi dalam “Mine” nanti kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.