Ikuti Kami:

Plot Main Dengan Emosi, ‘Lie After Lie’ Catat Rating Terbaik Untuk Drama Dalam Sejarah Channel A

Plot Main Dengan Emosi, ‘Lie After Lie’ Catat Rating Terbaik Untuk Drama Dalam Sejarah Channel A

Makin lama makin hangat sambutan yang diterima drama “Lie After Lie”. Bayangkan setiap kali tayangan, pasti ratingnya akan meningkat naik dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Sinopsis “Lie After Lie”

Drama ini membawa kisah Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya.

Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

lie after lie

Duga emosi penonton

Disebabkan kehidupan Ji Eun-soo yang sentiasa dilanda malang, penonton menjadi ‘panas’ dan geram sahaja apabila menontonnya. Meskipun berkahwin dengan orang kaya tetapi wanita itu dalam diam didera oleh suaminya malahan dia turut dituduh membunuh lelaki itu sehingga disumbat ke dalam penjara. Bahkan ibu mertuanya nekad ingin merosakkan hidupnya dengan menyembunyikan anak perempuannya selain cuba terus menyusahkan Ji Eun-soo.

lie after lie

Mungkin disebabkan oleh plot yang laju dan mendebarkan, semakin ramai penonton yang mula mengikuti drama ini. Walaupun hanya meraih rating 1.2% semasa episod pertamanya tetapi ia kini terus naik mendadak sehingga 3.1% ketika tayangan episod ketiganya. Bukan itu sahaja, dengan rating itu, “Lie After Lie” turut mencipta rekod sebagai drama dengan rating tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana drama dalam sejarah Channel A.

Makin saspens plot “Lie After Lie”, makin meningkat rating drama ini nampaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...