Ikuti Kami:

Plot Kelakar & Misteri Dipuji, Catatan Rating ‘Uncle’ Terus Meningkat Naik

Plot Kelakar & Misteri Dipuji, Catatan Rating ‘Uncle’ Terus Meningkat Naik

Tiada siapa sangka “Uncle” akan mendapat sambutan hangat semasa ianya diumumkan pada awalnya.

Ditayangkan di TV Chosun, ia merupakan drama komedi mengenai seorang ayah saudara yang bekerja sebagai ahli muzik dan papa kedana. Disebabkan oleh penceraian kakaknya yang serabut, dia terpaksa menjaga anak buahnya buat sementara waktu.

Walaupun bermula dengan rating biasa (2.2%) pada awalnya, drama yang diterajui Oh Jung-se itu menunjukkan prestasi yang membanggakan pada saban tayangan. Pada episod lalu (episod 8), “Uncle” berjaya meraih rating 6.6% iaitu satu nombor yang baik buat drama itu.

tv chosun uncle

Walaupun membawa kisah menyentuh hati mengenai hubungan kekeluargaan awalnya, drama ini memberikan twist yang menarik apabila menyelitkan kisah misteri di dalamnya. Antara yang menimbulkan persoalan penonton ialah identiti sebenar ayah kepada No-eul (Yoon Hye-bin) iaitu Joo Kyung-il (Lee Sang-woo) yang berkemungkinan pernah terlibat dengan jenayah berat selain misteri disebalik persatuan Royal Mambley.

Selain itu keserasian hebat di antara pak cik Wang Jun-hyeok (Oh Jung-se) dan anak saudara Min Ji-hoo (Lee Kyung-hoon) turut membuatkan penonton terus menyokong kejayaan mereka. Walaupun perbezaan usia yang banyak, kedua-dua mereka menunjukkan hubungan kekeluargaan yang realistik.

tv chosun uncle

Dalam pada itu, ramai yang tidak sabar menantikan apakah yang terjadi dalam separuh kedua “Uncle”. Sama-sama kita tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...