Plot Kian Mendebarkan, ‘Stove League’ Semakin Mendekati Rating 20%

Drama lakonan Nam Goongmin nyata tak pernah mengecewakan. Aura lakonannya bisa membuatkan penonton duduk kejung depan televisyen kerana pembawaan karakternya yang memukau dan penjiwaan watak yang menjadi. Tak kisahlah mainkan watak komedi ke, aksi ke, saspens ke, semua best!

Terbaru, lelaki kacak ini telah memegang watak utama dalam drama besbol iaitu “Stove League” di saluran SBS. Wataknya sebagai pengurus pasukan besbol yang hebat iaitu Baek Seungsoo memang berkesan dan diminati ramai penonton. Ditambah pula dengan heroin Park Eunbin yang lakonannya juga tiada cacat cela langsung membuatkan “Stove League” sebagai drama yang patut ditonton sekarang ini.

stove league

Sinopsis “Stove League”

Drama ini membawa kisah satu pasukan besbol ‘Dreams’ yang sudah tidak mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan ditolak oleh peminat mereka sendiri. Bagi mengubah situasi pasukan itu, Baek Seungsu (Namgoong Min) telah hadir sebagai pengurus baru. Lee Seyoung (Park Eunbin) pula ialah satu-satunya pengurus wanita untuk pasukan besbol di Korea dan dia sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus menguruskan ‘Dreams’.

stove league

Walaupun nampak berkarisma dan teratur, siapa sangka bahawa Pengurus Seungsu sebenarnya mempunyai banyak bebanan yang ditanggungnya. Kisah lampaunya yang sedih sentiasa menghantui dirinya. Melihatkan hal itu, Seyoung sentiasa berdiri di sebelah lelaki itu untuk membantu meringankan kepayahan dalam mengemudi pasukan ‘Dreams’.

Rating semakin menaik

Kalau anda nak tahu, drama yang menggantikan “Vagabond” ini sudah menunjukkan rating yang membanggakan pada awal tayangannya. Bayangkan baru tiga episod tayangan, dah berjaya kaut rating lebih dua digit.

stove league

Untuk episod ke-11 “Stove League” yang ditayangkan pada 18 Januari lepas, rating yang direkodkan sudah hampir mencecah 20%. Ia dicatatkan pada 16.5% dan berkemungkinan besar akan semakin menaik pada episod seterusnya kerana jalan ceritanya yang semakin mendebarkan.

Memang padan betul gandingan Nam Goongmin dan Park Eunbin ni!

Sumber: AsianWiki

Leave a Reply