Semakin sibuk peminat K-Drama menyusun jadual tontonan mereka pada Jumaat dan Sabtu kini dek tayangan drama baru “My Demon” dan “The Story Of Park’s Marriage Contract”.
BACA: Kisah Syaitan & Pewaris Kaya, Song Kang & Kim Yoojung Dilamar Terajui ‘The Demon’
Untuk pengetahuan, “My Demon” membawa kisah perkahwinan kontrak antara pewaris kaya dan seorang iblis yang kehilangan kuasanya secara tiba-tiba apabila berjumpa wanita tersebut. Manakala “The Story Of Park’s Marriage Contract” pula mengisahkan seorang wanita yang menggembara menerusi masa dari zaman Joseon ke zaman moden dan berkahwin dengan seorang lelaki kelihatan seperti suaminya yang mati dahulu.
Menurut Nielsen Korea, drama lakonan Kim Yoo-jung dan Song Kang menyaksikan penurunan rating dari 4.5% ke 3.6% untuk dua episod awalnya. Pun begitu, rating drama lakonan Lee Se-young dan Bae In-hyuk pula kekal tinggi di mana ianya meraih catatan 5.6% dan 5.9% masing-masing untuk dua episod awalnya.
Komen penonton,
Seronok lah drama ‘The Story Of Park’s Marriage’! Lakonan Lee Se-young tetap hebat seperti biasa.
Saya tonton ‘The Story Of Park’s Marriage’ bersama mak saya dan dia sangat khusyuk menonton.
Visual dalam ‘My Demon’ sangat hebat!
Kisah dalam ‘My Demon’ agak ketinggalan tapi visualnya!
Saya sukakan Kim Yoo-jung dan Lee Se-young, bagaimana ni..
Korang pilih yang mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.