Ikuti Kami:

Plot ‘Alice’ Kian Berselirat, Penonton Risau Akan Ada Kaitan Romantis Di Antara ‘Anak’ Jinkyum & Ibu ‘Taeyi’

Plot ‘Alice’ Kian Berselirat, Penonton Risau Akan Ada Kaitan Romantis Di Antara ‘Anak’ Jinkyum & Ibu ‘Taeyi’

Makin tonton “Alice”, makin pening rasanya! Tapi yang pastinya plot yang diketengahkan adalah sangat menarik

Sinopsis “Alice”

Drama thriller sci-fi ini menceritakan kisah Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

alice

Pendedahan yang semakin berselirat

[Amaran SPOILER]

Seperti yang diketahui oleh penonton, daripada apa yang digambarkan, kemungkinan besar Yoon Tae-yi adalah ibu Park Jin-kyum yang mati dibunuh dalam kehidupan ini. Ini kerana wanita itu sepatutnya melahirkan lelaki itu pada tahun 2050. Namun dek keputusan dia memasuki tahun 1992 dan kekal dalam dunia lampau itu merumitkan keadaan apabila tanpa sengaja terjumpa dengan Park Jin-kyum pada tahun 2020.

Walaupun mengekalkan hubungan sebagai pegawai polis dan profesor fizik, penonton berharap agar plot ini tidak akan mengadakan hubungan romantik di antara kedua watak ini kerana kemungkinan pertalian darah mereka. Hal ini lebih mengelirukan apabila Oh Shi-young (Hwang Seung-eon) ada menjelaskan bahawa mesin ‘Alice’ dibina untuk menyambungkan kehidupan daripada dua dunia selari yang berbeza. Bermakna, wanita daripada dunia selari yang ini adalah wanita yang lain di dalam dimensi lagi satu. Jadinya, adakah Yoon Tae-yi bukan wanita yang sama dengan ibu Park Jin-kyum yang mati?

alice

Pun begitu, dengan kemunculan watak Kim Do-yeon (Lee Da-in) dan Yoon Tae-yi yang sepertinya memberikan hint supaya Park Jin-kyum memberikan perhatian kepada wanita itu, kemungkinan juga tiada hubungan romantik yang akan bercambah di antara mereka.

Untuk penonton di Malaysia, jangan lupa saksikan “Alice” pada setiap Sabtu dan Ahad di saluran SBS ONE HD (saluran ASTRO 393) pada jam 9.45 pm.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...