Ikuti Kami:

Pinjam RM45 Juta, Baekhyun EXO Akan Buka Syarikat Sendiri & Tinggalkan SM Entertainment?

Pinjam RM45 Juta, Baekhyun EXO Akan Buka Syarikat Sendiri & Tinggalkan SM Entertainment?

Betul ke Baek-hyun EXO akan membuka syarikatnya sendiri?

Baru-baru ini, ada khabar angin menyatakan bahawa Baek-hyun akan menubuhkan agensinya sendiri dan bakal tinggalkan SM Entertainment.

Sebagai respon, penyanyi lelaki itu telah menjawab segala persoalan menerusi siaran langsung di Instagram. Jelasnya,

Saya akan menguruskan syarikat saya tetapi akan kekal dengan SM dan akan terus mempromosikan sebagai ahli EXO. Saya mula merancang untuk menubuhkan syarikat ini dengan rakan saya Kasper, kerana saya ingin melatih ramai koreografer dan penari yang baik. Ia belum mula terbentuk tetapi saya sedang melakukan banyak kajian dan cuba sesuatu untuk hasilkan keputusan yang baik.

Kemudian, Baek-hyun turut mendedahkan bahawa keputusannya ini telah dipersetujui oleh SM Entertainment sendiri.

baekhyun exo

Mengenai dana untuk membuka syarikat ini, Baek-hyun memberitahu,

Saya mengambil pinjaman sebanyak 13 bilion won adalah untuk membuka syarikat sendiri. Mereka mengatakan saya menggunakannya untuk membeli rumah tetapi saya sebenarnya membayar balik semua pinjaman.

Tambahnya lagi,

Saya telah lama mengukuhkan keinginan untuk menjadi seorang penerbit. Saya sangat ingin melakukannya tetapi kerana banyak perkara yang saya tidak tahu, saya meminta nasihat dari pelbagai pihak.

Semoga terus maju jaya Baek-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...