Ikuti Kami:

Pilih Jalan ‘Shortcut’ Dapatkan Duit, Scammer Konsert IU & BLACKPINK Dipenjara

Pilih Jalan ‘Shortcut’ Dapatkan Duit, Scammer Konsert IU & BLACKPINK Dipenjara

Inilah padah apabila tidak berfikir panjang.

Kegembiraan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia didapati bersalah menipu wang beberapa individu.

Menurut News1, Hakim Mahkamah Daerah Pusat Seoul, Lee Jong-min, menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun kepada lelaki dikenali sebagai Kim, yang didakwa dengan kes penipuan wang.

scammer konsert iu dan blackpink

Sebelum ini, Kim terlibat dalam aktiviti penipuan menjual tiket konsert di aplikasi atas talian lebih dari 130 kali. Modus operandinya adalah menyiarkan iklan menjual tiket konsert penyanyi terkenal, termasuk Lim Young-woong, BLACKPINK, dan IU. Selepas mangsa membuat transaksi bayaran, Kim akan terus mendiamkan diri tanpa memberi tiket terbabit kepada pembeli.

Dianggarkan, Kim telah menipu sejumlah 496 juta won (lebih kurang RM1,406,869) daripada 31 mangsa. Oleh itu, pihak mahkamah menyatakan,

Kelakuan jenayah defendan adalah tidak wajar dan telah menyebabkan kerugian besar kepada mangsa. Hukuman penjara 6 tahun ini adalah sepadan dengan jenayah yang dilakukannya.

Korang pun kena hati-hati bila nak beli tiket dari third-party macam ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...