Ikuti Kami:

Pihak Produksi Dedah Musim Ke-2 ‘Missing: The Other Side’ Sedang Dalam Proses Persediaan

Pihak Produksi Dedah Musim Ke-2 ‘Missing: The Other Side’ Sedang Dalam Proses Persediaan

Memang seronok tahu kalau K-Drama kegemaran kita mempunyai musim terbaru kan?

Sama juga dengan drama misteri “Missing: The Other Side” yang kini disahkan sedang dalam proses menghasilkan musim keduanya. Yes!

Kata produser drama tersebut,

Memang benar kami sedang dalam persediaan untuk musim kedua ‘Missing: The Other Side’. Walaubagaimanapun, arah cerita dan barisan masih belum ditentukan lagi. Produksi juga masih belum ditetapkan sepenuhnya.

musim kedua missing: the other side

Sebenarnya, “Missing: The Other Side” sebenarnya pernah memberikan bayangan mengenai musim kedua drama lakonan Go Soo, Heo Joon-ho dan Ahn So-hee itu semasa musim pertama menamatkan tayangannya lagi iaitu pada Oktober 2020.

Untuk pengetahuan anda, drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Korang dah lama tunggu tak musim kedua drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...