Ikuti Kami:

“Perut Awak..” – Telatah Si Gumiho, Komen Kim Bum Di Foto Lee Dongwook Bikin Terhibur

“Perut Awak..” – Telatah Si Gumiho, Komen Kim Bum Di Foto Lee Dongwook Bikin Terhibur

Pasti ramai yang sedang menantikan sambungan “Tale Of The Nine Tailed” kan?

Baru-baru ini, teraju utama drama tersebut iaitu Lee Dong-wook, telah berkongsi fotonya sedang memakai blazer dan seluar putih, dengan dada serta perutnya yang terdedah.

Selain peminat yang teruja melihat penampilan seksi pelakon berumur 41 tahun itu, komen Kim Bum di entri berkenaan telah membuatkan ramai terhibur. Tulis Kim Bum,

Perut awak akan sakit jika awak memakainya di atas kulit seperti itu.

Respon Lee Dong-wook,

Saya tidak memakainya atas kehendak saya sendiri 🙄

Dalam pada itu, “Tale Of The Nine Tailed 1938” mengikuti kisah Lee Yeon, seorang rubah berekor sembilan yang mendarat semula di era kekalutan pada tahun 1938.

Berdasarkan dunia pelbagai Tuhan dan hantu, musim kedua ini dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama.

Sama-sama kita nantikan tayangan “Tale Of The Nine Tailed 2” dijadualkan untuk menemui penonton pada tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...