Ikuti Kami:

Perubahan Baru & Plot Twist Tidak Dijangka, Pihak Produksi Beri Hint Jalan Cerita ‘The Penthouse 3’

Perubahan Baru & Plot Twist Tidak Dijangka, Pihak Produksi Beri Hint Jalan Cerita ‘The Penthouse 3’

Sebelum “The Penthouse 3” memulakan tayangan pada 4 Jun nanti, pihak produksi drama popular tersebut telah memberikan sedikit hint kepada perjalanan musim terbaru itu.

Mengejutkan apabila Oh Yoon-hee (Eugene) dan Cheon Seo-jin (Kim Seo-yeon) menjalani kehidupan yang sangat berbeza di dalam penjara. Oh Yoon-hee kelihatan sedang bertentang dengan salah seorang banduan di dalam penjara berkenaan manakala Cheon Seo-jin dilihat tenang duduk di kerusi empuk di dalam sebuah bilik yang mewah.

sbs the penthouse 3

Meskipun dipenjarakan, Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) terus bahagia di dalam institusi berkenaan sambil ditemani dengan senyuman yang menyimpan maksud mendalam. Adakah kerana rancangannya untuk menyingkirkan Logan Lee (Park Eun-seok) berjaya atau adakah dia mempunyai muslihat lain lagi?

Bagi Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) pula, dia yang awalnya kelihatan sedih mula memberikan pandangan tajam apabila pihak polis mengungkapkan sesuatu kepadanya. Pastinya ia mempunyai kaitan dengan kematian Logan Lee.

sbs the penthouse 3

Pihak produksi “The Penthouse 3” juga memberikan hint bahawa terdapat banyak lagi perubahan dan kisah berbelit tidak dijangka nanti,

Kisah balas dendam yang disangka sudah tamat akan dimatikan semula, dan hubungan du antara watak dan situasi antara mereka akan merudum. Sila tonton drama ini untuk menyaksikan misi Shim Su-ryeon dan Joo Dan-tae dan bagaimana mereka akan membalas dendam apabila kematian Logan Lee telah mengubah segalanya.

Musim kali ini hanya ada satu episod “The Penthouse 3” sahaja pada saban minggu tahu? Jadi, makin stres lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...