Bestnya sebab ada filem baru yang bakal keluar di Netflix hari ini!
“The 8th Night” ialah sebuah filem thriller misteri mengenai satu pertempuran hidup dan mati bagi mengelakkan penutup “Suatu Yang Tidak Boleh Dibangkitkan” daripada terbuka selama 8 hari. Apabila dibangunkan, ia akan melangkaui batas untuk menimbulkan kekecohan di dalam dunia.
Kisah yang disusun rapi
Jelas pengarah,
Tajuknya menyimpan pelbagai makna. Pada dasarnya, ia memberikan bayangan mengenai terhad yang anda dapat iaitu 8 malam. Kalau anda buang nombor tersebut, ia ialah tanda ‘infinity’ dan menandakan neraka.
Disebabkan mempunyai banyak maksud, dapat dilihat sedalam mana filem ini diberikan perhatian. Bahkan pengarah tersebut menjelaskan bahawa dia mengambil masa 4 tahun untuk menyiapkan draf pertama manakala bahagia produksi pula memakan masa selama 2 tahun, bermaksud filem ini menghabiskan masa 6 tahun untuk disiapkan. Pandangan hebat dan perincian yang diselit di dalam naskhah ini dapat dilihat pada permulaannya juga, yang menggunakan Sanskrit dan terasa seperti di dalam kisah dongeng.

Ikhsan dari Netflix
Keserasian bak keluarga
Kebanyakan daripada pelakon utama filem ini pernah bekerjasama sebelum ini lantas memiliki hubungan yang akrab. Kata Park Hae-joon,
Saya sentiasa menghormati Park Sung-min dan disebabkan kami sering bekerjasama, saya rasakan kami mempunyai keserasian yang baik.
Kongsi Lee Sung-min pula,
Nam Da-reum berlakon sebagai anak saya dalam drama ‘Memory’ dan dia memanggil saya ayah.
Jelas Nam Da-reum,
Di set penggambaran, dia seperti seorang ayah dan menjaga saya dengan baik.
Tambah Kim You-jung,
Meskipun kisah dan watak adalah sedikit gelap dan berat, namun set kami tidak seperti itu. Kami semua seperti keluarga.

Ikhsan dari Netflix
Watak menarik
Setiap daripada watak yang dipaparkan adalah menarik, tapi kita akan dapat lihat banyak babak Jin-su dan Cheong-seok.
Jelas Lee Sung-min,
Karakter saya, Jin-su boleh melihat melepasi realiti. Dalam kata lain, dia mempunyai mata lain. Watak saya sepertinya mempunyai mata ketiga dan boleh melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.
Malah pelakon senior itu mendedahkan bahawa dia banyak berbual dengan sami Buddha sebagai persediaan untuk menghidupkan watak itu.
Nam Da-reum juga memberikan penjelasan panjang mengenai wataknya,
Cheong-seok tinggal di dalam tokong yang jauh di dalam hutan. Dia sangat mahu tahu mengenai dunia, ceria dan juga seperti kanak-kanak.

Ikhsan dari Netflix
Pelbagai karakter
Watak yang menarik membantu para pelakon berpeluang untuk mencuba sesuatu yang baru berbanding sebelum ini. Park Hae-joon yang popular dengan watak “The World Of The Married” menjelaskan perbezaan wataknya,
Ho-tae ialah seorang yang manja dan peramah.
Sudah 2 tahun dirakamkan, Kim You-jung mendedahkan filem ini ialah naskhah pertama selepas ‘dia matang’. Watak misterinya patut dijangkakan ramai.
Biasanya bawa watak pelajar, Nam Da-reum menjelaskan bahawa wataknya kali ini berbeza daripada karakter yang pernah dibawanya sebelum ini.

Ikhsan dari Netflix
Bukan thriller seram yang biasa
Kalau anda sangka filem ini ialah thriller ghaib yang klise, anda pasti terkejut melihat kejutan yang dibawanya nanti. Kata Lee Sung-min,
Saya berasa ingin tahu dan tertarik dengan genre ini. Apabila melihat paderi dan roh jahat, pasti ada pengusiran roh dan selesai. Tema utama filem ini ialah kebangkitan dan mula memahami sesuatu. Ia membawa kepada kesakitan dan penyeksaan anda.
Jelas pengarah,
Saya rasa ketakutan dirasai apabila anda terjumpa dengan sesuatu yang luar daripada biasa akan menjadi sesuatu yang anda akan sekali dalam genre ini. Bukan sahaja apa yang dijangka, malah ada lagi persona yang didatangkan dengan filem ini.

Ikhsan dari Netflix
Jadi jangan lepaskan peluang untuk luangkan masa pada hujung minggu ini untuk menonton filem “The 8th Night” bermula hari ini (2 Julai)!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.