Pertama Kali Tembus Ke Hollywood, Lee Minho Sah Bakal Terajui Drama Apple ‘Pachinko’

lee minho pachinko

Hebat! Lee Min-ho telah pun disahkan akan membuat kemunculan pertama dalam dunia Hollywood menerusi sebuah siri tiga bahasa Apple iaitu “Pachinko” nanti. Drama itu dikhabarkan akan mempunyai dilengkapi dengan bahasa Inggeris, bahasa Korea dan bahasa Jepun.

“Pachinko” ialah drama bersiri yang diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama daripada Lee Min-jin. Ia adalah kisah harapan dan impian 4 generasi keluarga imigran Korea. Kisah tersebut bermula dengan cinta terlarang dan bergerak sebagai kisah pengembaraan di antara Korea, Jepun dan Amerika dan membawa cerita perang dan damai, cinta dan kehilangan, kemenangan dan perhitungan.

lee minho pachinko

Lee Min-ho akan membawa watak Hansu yang digambarkan sebagai orang luar yang penuh dengan teka-teki dan pedagang yang terikat dengan jenayah terancang di mana dia terlibat dengan kisah romantik yang penuh dengan akibat.

Pelakon lain dalam drama bersiri ini ialah Jin Ha, Anna Sawai, Minha Kim, Soji Arai dan Kaho Minami. Pun begitu, tarikh spesifik tayangan belum diumumkan lagi.

Makin hebat sekarang ini Lee Min-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply