Sepertinya Gong Hyo-jin juga menyimpan perasaan yang mendalam mengenai “When The Stars Gossip”.
Dalam video khas yang dimuat naik di laman agensi SOOP Management, wanita itu menerima kek dan memberikan ucapan,
Saya berterima kasih kerana semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Terima kasih kepada semua ahli keluarga agensi yang benar-benar menolak saya ke batas selama 10 bulan ini.
Selepas menghela nafas kecil, Gong Hyo-jin berkongsi,
Benar-benar sudah 10 bulan, dan sukar dipercayai bahawa ia akhirnya selesai. Ada hari-hari di mana saya benar-benar ingin berhenti. Ini adalah kali pertama dalam hidup saya, setelah berlakon dalam puluhan drama, saya merasai perasaan seperti itu.
Gong Hyo-jin memainkan watak Komander Eve Kim dalam “When The Stars Gossip”, yang baru sahaja menamatkan tayangannya. Menurut Nielsen Korea, episod terakhir mencatatkan rating sebanyak 2.6% sahaja.
Rata-rata penonton meluahkan rasa kesal melihat endingnya kerana wanita itu yang tiba-tiba meninggal dunia selepas melahirkan anaknya dan watak Lee Min-ho.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.