Ikuti Kami:

Pertama Kali Jadi Antagonis, Penonton Terkejut Lihat Penampilan Hwang Jungeum Dalam ‘7 Escape’

Pertama Kali Jadi Antagonis, Penonton Terkejut Lihat Penampilan Hwang Jungeum Dalam ‘7 Escape’

Akhirnya “7 Escape” bakal memulakan tayangan di SBS bermula 15 September ini.

Bukan sahaja kerana ramai pelakon hebat seperti Uhm Ki-joon, Lee Joon, Lee Yu-bi, Shin Eun-kyung, Yoon Jong-hoon, Jo Yoon-hee dan Jo Jae-yoon yang bakal berlakon dalam drama ini tapi ianya kerana ini merupakan naskhah pertama Hwang Jung-eum selepas 3 tahun melahirkan anak kedua.

Dihasilkan Kim Soon-ok yang popular dek siri “The Penthouse”, “7 Escape” mengisahkan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang melibatkan 7 orang yang lain di mana mereka dipenuhi penipuan dan keinginan.

Hwang Jung-eum akan membawa watak Geum Ra-hee iaitu CEO syarikat produksi drama yang mementingkan kejayaan dan wang di dalam kehidupannya selain sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian itu.

Dalam klip teaser yang didedahkan, dapat dilihat pelakon wanita itu menghidupkan watak antagonis tersebut dari pandangan mata yang tajam dan kelakuan yang menyebalkan. Kongsi Hwang Jung-eum mengenai pemilihan watak itu,

Saya menerima tawaran, ‘Awak mahu tak menjadi watak jahat?’. Saya sangat mahu berlakon dalam projek Kim Soon-ok jadi saya muncul dalam ‘7 Escape’. Tiada sebab untuk saya tak berlakon dalam drama dengan watak menarik dan cerita menakjubkan. Ianya merupakan satu penghargaan dan perkara baik dapat bekerja dengan Kim Soon-ok.

Jangan lupa saksikan drama ini tau~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...