Selepas hanya khabar angin, nampaknya Song Mino dari kumpulan WINNER akan memulakan karier lakonannya tak lama lagi.
Menurut Netflix,
Song Mi-no akan muncul dalam filem ‘Seoul Vibe’. Disebabkan penggambaran sudah bermula pada Ogos, Song Mino akan menyertai pelakon serta-merta.
Berlatabelakangkan tahun Olimpik Seoul 1988, “Seoul Vibe: ialah drama mengenai pelan hebat bagi merompak tabung duit — dan babak kereta kejar-mengejar kereta yang berlaku di jalanan Seoul. Digambarkn sebagai ‘blockbuster aksi’, filem ini akan menampilkan ‘Samgyedong Supreme Team’ iaitu kru pemandu berbakat yang menyiasat tabung berkenaan.
Yoo Ah-in telah pun disahkan akan membawa watak Dong-wook, ketua kru Sangyedong manakala Go Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun dan Ong Seong-woo merupakan ahli dibawahnya.
Merupakan percubaan pertama dalam dunia lakonan, Song Mino akan melakonkan watak di mana dia bertempur dengan Yoo Ah-in dan krunya.
Berbakat betul Song Mino!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.