Boleh tahan best drama “Birthcare Center” sebab ia memaparkan tema unik iaitu mengenai para ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan pelbagai rencah dan ragam yang ditonjolkan oleh mereka.
Meskipun ramai yang tertarik dengan watak utama yang dilakonkan oleh Park Ha-sun dan Uhm Ji-won, namun terdapat lagi satu watak yang menarik perhatian ramai. Nak tahu siapa? Semestinya watak jururawat Ahn Hee-nam yang membantu Oh Hyun-jin menjaga anak pertamanya di pusat penjagaan selepas bersalin Serenity itu.
Disebabkan olah lakonannya yang baik, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon itu memandangkan ini adalah kali pertama mereka melihatnya berlakon. Jangan terkejut, tapi wanita yang bernama Choi Soo-min itu sebenarnya ialah ibu kepada pelakon popular iaitu Cha Tae-hyun. Hebat kan?
Bagi yang tidak mengetahui, Choi Soo-min ini dikenali ramai dek menjadi suara latar untuk pelbagai rancangan animasi popular di Korea seperti “Young Shim” dan “Run Hani”. Sebab itulah, watak Ahn Hee-nam pandai membuat suara animasi semasa mengagah bayi dalam episod pertama drama ini.
Walaupun popular sebagai pelakon suara dan pernah menerima tawaran berlakon sebelum ini, namun ini adalah kali pertama Choi Soo-min memberanikan diri untuk berlakon buat pertama kalinya sepanjang kerier seninya ini.
Lagi best kerana Cha Tae-hyun turut disahkan bakal muncul sebagai watak istimewa dalam drama ini nanti. Sudah pasti ramai yang nak tonton keserasian ibu dan anak ini dalam “Birthcare Center” ini nanti. Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.