Ikuti Kami:

Pertama Kali Bawa Watak Utama, Nam Dareum Sah Terajui Drama Fantasi Misteri ‘Shaman Girl Ga Dooshim’

Pertama Kali Bawa Watak Utama, Nam Dareum Sah Terajui Drama Fantasi Misteri ‘Shaman Girl Ga Dooshim’

Seronok betul melihat pelakon yang memulakan kerjaya lakonan mereka sejak kanak-kanak kini sudah pun mampu untuk menerajui drama dengan sendirinya.

Terbaru, Nam Da-reum dan Kim Sae-ron disahkan bakal membintangi drama Kakao TV bertajuk “Shaman Girl Ga Doo-shim”. Khabarnya mereka juga akan memulakan penggambaran pada Mei ini.

Drama misteri fanstasi dan romantik ini membawa kisah Ga Doo-shim (Kim Sae-ron), seorang gadis yang dilahirkan dengan takdir seorang bomoh manakala Na Woo-soo (Nam Da-reum) pula merupakan seorang lelaki baik yang boleh melihat roh jahat. Tanpa sengaja, kedua mereka terlibat dalam pelbagai siri kejadian misteri.

Ga Doo-shim ialah seorang pelajar sekolah menengah yang berusia 18 tahun dan dilahirkan dengan nasib seorang pawang yang perlu melawan roh jahat namun sebenarnya mendambakan kehidupan yang normal. Walaupun mahu jalani hidup seperti pelajar biasa, gadis itu mempunyai semangat yang kuat dan berkemahiran dalam melawan roh jahat dan menyelesaikan pelbagai klu kepada kes misteri.

kakao tv shaman girl ga dooshim

Na Woo-soo pula ialah watak lelaki baik tipikal dan berasal daripada keluarga kaya dengan penampilan menyejukkan hati selain memiliki latar belakang akademik yang membanggakan. Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang tidak pernah hidup susah dan kehidupan hariannya berlangsung dengan sempurna dan normal. Tapi dia kemudiannya tersangkut dalam satu insiden misteri selepas mengenali Ga Doo-shim dan mula memperoleh kebolehan melihat roh jahat.

Khabarnya “Shaman Girl Ga Doo-shim” akan mempunyai 12 episod dengan 20 minit panjangnya bagi setiap bahagian. Ianya dirancang menemui penonton pada separuh kedua 2021 menerusi Kakao TV.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...